Ku Fikir 
    <description>Ku Fikir - Bila MINDA dan KEYBOARD bersatu...</description>
[Monolog] : Mat Rempit dikenakan hukuman rotan?
      <description>Hukuman rotan kepada Mat Rempit?
Baru-baru ni, aku terbaca kat ruangan forum Utusan Malaysia. Tajuk dia dah cukup menarik perhatian aku. Hukuman rotan kepada Mat Rempit. 
Kata penulis tu, dulu masa hukuman rotan dilaksanakan kat PATI, kesannya sangat berkesan sampaikan PATI tak berani nak jejak kaki kat bumi Malaysia. Tapi, sebab pelaksanaan dia cuma hangat-hangat tahi ayam, maka kesannya menjadi tak menjadi.
Tapi bagi aku, tak payah nak dirotan Mat Rempit ni. Yakin ke bila Mat Rempit dirotan, mereka tidak akan merempit lagi. Atau, hukuman itu kelak akan menjadi pemangkin untuk Mat Rempit... (more)</description>
[Monolog] : Antara politik dan pendidikan...
      <description>Politik dan pendidikan. Dua bidang berlainan tapi sering disatukan. Kenapa tidak dibiarkan saja kedua-duanya berasingan? Mungkin sukar, sebab orang-orang politik yang menentukan dasar-dasar kerajaan termasuklah dasar pendidikan. Tapi, tidak mustahil jika diasingkan. Ya, Kementerian Pelajaran itu di bawah politik, tetapi sistem pendidikan itu seharusnya ditentukan oleh sebuah badan bebas.
Apa yang berlaku apabila pendidikan dipolitikkan? Banyak. Ada perubahan minor dan ada perubahan major. Perubahan minor macam nama yang mengawal selia bidang pendidikan di Malaysia. Dulu, masa DSAI jadi... (more)</description>
[Monolog] : Universiti Teknologi MARA...
      <description>Universiti Teknologi Mara. Popular IPT ni. Popular sebab kalau ada perkara yang negatif, selalu dikaitkan dengan universiti yang satu ni. Kalau yang baik, alahai... kecik je keluar kat surat khabar. Apa sebenarnya yang bagus sangat dengan IPT ni? Kenapa agaknya UiTM ni selalu menjadi isu panas kalau dibahaskan di blog-blog yang bukan bumiputera? [contoh : blog Education Malaysia]. 
Sebenarnya, UiTM dan cukup popular sebelum UiTM jadi UiTM lagi. Kiranya masa masih dipanggil ITM. Kenapa UiTM ni popular? Antara sebabnya bila orang kata ITM ni institut kelas kedua. Budak-budak yang kena reject... (more)</description>
[Monolog] : Kebebasan media di Malaysia...
      <description>Kebebasan media di Malaysia. Sejauh manakah kebenarannya. Sebenarnya, memang Malaysia tidak mengamalkan kebebasan media sepenuhnya. Munkin ramai yang terkeliru dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun etc. Tapi, apa yang ramai orang tak faham ialah disebalik semua kebebasan yang diperuntukkan tu, ada sekatan-sekatan yang dikenakan. Tujuannya untuk mengelakkan Malaysia dari menjadi terlalu liberal.
Mungkin ramai yang mahukan kebebasan media. Aku pun sama. Bagi aku, kebebasan media harus diberikan supaya media di negara kita tidak... (more)</description>
[Monolog] : Mat Rempit oh Mat Rempit...
      <description>Masa aku kat sekolah rendah dulu, perkataan Mat Rempit sangat jarang didengar. Satu perkataan asing yang memang aku tak taula apa maknanya. Tapi, masuk je sekolah menengah, perkataan tu selalu muncul kat surat khabarlah, tvlah, dan aku pun mulalah tahu apa makna perkataan 'rempit' tu... Tapi, satu perkara yang masih misteri bagi aku, dari mana istilah tu menjelmakan diri..? Musykil-musykil...
Kenapa tiba-tiba aku cerita pasal Mat Rempit ni? Tak ada apa-apa yang istimewa pun sebenarnya. Cuma aku geram je. Geram kenapa ada golongan macam mereka ni. Aku tak salahkan golongan ni 100%. Bagi aku,... (more)</description>
[Monolog] : Ku Fikir - Bila MINDA dan KEYBOARD bersatu...
      <description>Akhirnya dapat jugak aku wujudkan laman Ku Fikir ni. Sebenarnya, laman ni bukan laman baru. Tapi, laman ni ialah kesinambungan dari laman  Dari Sisi Lain Kehidupan. Aku terpaksa batalkan blog Dari Sisi Lain Kehidupan sebab blogsome susah untuk digunakan. Lagipun, aku pernah guna blogdrive untuk MLLK 2005 dulu.
Apa-apapun, akhirnya wujud jugak blog ni. Jadi, hari ini, 1 April 2007, aku dengan rasminya merasmikan blog Ku Fikir - Bila MINDA dan KEYBOARD bersatu...
p/s: Selamat datang...selamat datang... </description>
[Monolog] : Kes Subashini v Mohd Shafi Saravanan Abdullah...
      <description>Malaysia kita ni unik. Unik sebab kita negara pelbagai kaum. Unik sebab kita dapat terima kepalbagaian kaum. Unik sebab kita ada 2 sistem kehakiman / perundangan; sivil dan syariah. Tapi, yang tak seronoknya bila kepelbagaian itu membuatkan kita dalam dilema. Antara untuk menjadikan sesuatu itu lebih baik, atau berkorban demi memastikan keamanan dipelihara.
Mesti pening kan dengan ayat aku kat atas tu. Tapi, aku lebih pening bila memikirkan hal yang tengah hangat jadi isu ni. Kes Subashini lawan bekas suami dia yang dah masuk Islam, Saravanan. Negara kita mengamalkan 2 jenis undang-undang;... (more)</description>
[Monolog] : Program Latihan Khidmat Negara...
Dalam blog MLLK 2005 aku, aku ada cerita pasal isu ni. Isu yang hari ni jadi panas balik. Bezanya, isu hari ni lahir dalam bentuk yang berbeza. Kulitnya lain, tapi isinya tetap sama.
Dalam blog MLLK 2005 aku ada cerita tentang SK v SJK… Isinya? Perpaduan BANGSA Malaysia. Tapi, kali ni aku rasa nak bersuara lagi. Bersuara tentang isu yang sama isinya, tapi lain kulitnya. Isinya? Perpaduan lagilah..heheh…Kulitnya? PLKN…
PLKN atau Program Latihan Kihidmat Negara (National Service / NS). Panas betul isu ni sekarang. Aku baca kat The Star hari tu, seorang editor senior ni dapat banyak surat... (more)</description>
[Monolog] : Akademi Fantasia 5...
      <description>Akademi Fantasia 5. Nampaknya inilah antara topik yang paling hangat sekali dibincang buat masa ni. Entahlah… Aku tak teruja langsung dengan Akademi Fantasia. Kalau ada yang ikut tulisan aku dari awal, dalam MLLK v3:2005 aku ada suarakan harapan aku, betapa bagusnya kalau Malaysia wujudkan rancangan macam The Apprantice.
Ini tidak, balik-balik berkenaan hiburan. Aku pun dah tak tahu kenapa generasi muda sekarang disogokkan dengan hiburan banyak sangat. Aku rasa dulu tak adalah sampai macam ni sekali. Bayangkanlah, dengan Akademi Fantasianya, lepas tu Malaysia Idol tak ada, anti dengan One in... (more)</description>
[Monolog] : Bangsa Malaysia...
Ada banyak pendapat tentang perkataan bangsa kat Malaysia ni. Dulu orang merujuk bangsa tu sebagai bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, dan lain-lain. Tapi, Dr.M pulak buat gagasan bangsa Malaysia. Maka, berlakulah perubahan dari perkataan bangsa, sekarang yang diterimapakai ialah keturunan. Kiranya bangsa Malaysia keturunan Melayu. Bagus gak idea ni...
Tapi, lepas tu kerajaan sekarang macam tak nak teruskan dengan gagasan Bangsa Malaysia. Bagi mereka, ia seolah menuju ke arah ala-Malayan Union dulu. Tapi, aku tak setuju dengan pendapat tu.
Bagi aku, untuk mewujudkan... (more)</description>