Sunday, April 01, 2007
[Monolog] : Mat Rempit oh Mat Rempit...

Masa aku kat sekolah rendah dulu, perkataan Mat Rempit sangat jarang didengar. Satu perkataan asing yang memang aku tak taula apa maknanya. Tapi, masuk je sekolah menengah, perkataan tu selalu muncul kat surat khabarlah, tvlah, dan aku pun mulalah tahu apa makna perkataan 'rempit' tu... Tapi, satu perkara yang masih misteri bagi aku, dari mana istilah tu menjelmakan diri..? Musykil-musykil...

Kenapa tiba-tiba aku cerita pasal Mat Rempit ni? Tak ada apa-apa yang istimewa pun sebenarnya. Cuma aku geram je. Geram kenapa ada golongan macam mereka ni. Aku tak salahkan golongan ni 100%. Bagi aku, mak bapak diaorang ada 'saham' jugak dalam menyumbang ke arah 'perempitan' anak-anak diaorang ni. Mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat aku tapi, inilah pendapat aku.

Dalam undang-undang torts, ada satu prinsip yang dinamakan Contributory Negligence. Dalam Contributory Negligence, bila berlaku sesuatu kemalangan disebabkan kecuaian, katakan pemandu tu langgar lampu merah lepas tu terlanggar orang tengah lintas jalan; Pemandu tu tak boleh disalahkan 100% kalau orang yang tengah melintas tu ada jalan / cara lain yang boleh mengelakkan dia dari dilanggar. Katakan dia boleh guna jejantas tapi dia pilih untuk ikut bawah. Jadi, pelintas jalan tu dah menyumbang kepada kemalangan tu jugak. Dalam menentukan keputusan, mungkin hakim akan katakan pemandu tu 50% liable dan pelintas tu lagi 50%.

Macam tulah jugak dengan budaya merempit dan budaya-budaya kuning lain ni. Kalau mak bapak selalu ada kat rumah, jaga anak-anak, bagi pendidikan agama, moral, sivik, matematik dan apa-apa lagilah, insya-Allah anak-anak tu akan terbela dan tak terbiar. Ini, dek kerana nak kejar harta, pagi pergi kejar, malam baru balik. Dalam tempoh bekerja tu, diaorang tak terfikir ke apa yang anak-anak diaorang boleh buat? Macam-macam tau...

Dahlah anak-anak Melayu yang mendominasi budaya-budaya entah apa-apa ni. Haih... kalau macam nilah gayanya, entah apalah Malaysia akan jadi tahun 2020 nanti...

p/s: tension Mat Rempit dok merempit kat depan Kolej Jati UiTM ni. Hari tu sorang dah tergolek. Tapi, hari ni dah ada balik... Memang kepala batu sungguh...oh ye.. selamat Maulidur Rasul [semalam - 31/3/2007...]






Posted at 04:42 am by kufikir

kufikir
April 2, 2007   01:01 PM PDT
 
saya setuju sekiranya dibuat satu litar untuk mereka berlumba. sekurang-kurangnya mereka tidak akan lagi berlumba haram. tetapi, sekiranya mereka diberikan satu litar khas untuk berlumba, adakah mereka akan menggunakan dengan sebaiknya dan budaya merempit di jalan raya pada subuh hari akan berkurang? atau litar itu pula akan menjadi satu pusat pembiakan budaya hedonisme?
mat sejuk
April 2, 2007   10:30 AM PDT
 
Orang melayu kita memang suka meletakan kelas kepada masyarakat sendiri , REMPIT ,Lepak , antara perkataan yang mahu di sifat burukkan oleh masyarakat kita kononnya untuk kebaikan.
Pada asasnya mereka adalah golongan miskin, yang meminati sukan lumba motorsikal , dan tidak mendapat sokongan masyarakat untuk meneruskan minat mereka itu , cuba kalau usaha mereka di beri perhatian di buatkan satu litar untuk mereka , saya percaya bahaya pada masyarakat dapat di kurangkan. Jika difikirkan secara logik , apa2 sukan sekali pun hatta bnolasepak , kalau dimainkan ditengah jalan raya akan mengundang bahaya. Tetapi tidak seperti sukan lain , sukan lumba motor golongan miskin tidak mendapat perhation. ADIL kAH.... oleh itu sedarlah masyarakat sekelian jangan kita hanya memandang di permukaan masalah itu.... dan mengambil jalan mudah dengan cuba memadamnya terus.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry



   

<< April 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed